sit, watch and be more inspired!
Thursday, 9 August 2012
Tuesday, 7 August 2012
PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?
Labels:
NOTA
Saturday, 4 August 2012
Integrasi ICT?
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Labels:
NOTA
In The Name of Allah..
Alhamdulillah.. Kami berjaya membina sebuah blog ilmiah yang diberi nama 'GURU DAN CABARAN SEMASA'. Tujuan utama pembinaan blog ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja kursus bagi kursus EDU 3109-Guru dan Cabaran Semasa yang merupakan kursus wajib kepada semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 8. Bersesuaian dengan nama blog kami, fokus dan isu utama dalam blog ini sudah tentunya berkaitan dengan isu guru pada masa kini serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan. Kami akan memasukkan pelbagai entri dalam blog ini dari semasa ke semasa. InsyaAllah. :D
Labels:
RAMBLINGS
Subscribe to:
Posts (Atom)